Friday, May 20, 2011

BARANGKALI

Barangkali ( I )


Aku Ingin Bercerita
Tapi Bukan Dengan Kata-Kata
Kerana Kisah Ini Terlalu Kelam
Untuk Diungkap Dengan Bahasa.

Aku Ingin Berduka
Tapi Bukan Dengan Nestapa
Kerana Luka Ini Terlalu Dalam
Untuk Ditakung Dengan Air Mata.

Ah, Barangkali
Aku Harus Diam Saja
Agar Cerita Dan Duka Ini
Tidak Disalah Mengerti
Jika Pincang Memilih Kata-Kata
Andai Tandus Mencari Air Mata.




Barangkali ( II )

Aku Ingin Derhaka
Tapi Bukan Dengan Dendam
Kerana Murka Ini Terlalu Tebal
Untuk Ditebus Dengan Sengketa.

Aku Ingin Songsang
Tapi Bukan Dengan Helah
Kerana Dusta Ini Terlalu Berat
Untuk Digalas Dengan Muslihat.

Oh, Barangkali
Aku Harus Berdoa
Dengan Hati Yang Dingin
Agar Bara Mazmumah Ini
Padam Sebelum Menyala.





Barangkali ( III )

Aku Ingin Bercinta
Tapi Bukan Dengan Manusia
Kerana Kasih Ini Terlalu Kudus
Untuk Diagih Sesama Insan.

Aku Ingin Berhijrah
Tapi Bukan Dengan Kembara
Kerana Perjalanan Ini Terlalu Jauh
Untuk Diteroka Dengan Jejak Langkah.

Nah, Barangkali
Aku Harus Belajar
Menjadi Abdi Yang Patuh
Agar Cinta Dan Hijrah Ini
Tidak Sesat Dalam Kelana.




Barangkali ( IV )

Aku Ingin Berpuisi
Tapi Bukan Dengan Tulisan
Kerana Ilham Ini Terlalu Agung
Untuk Dinukil Dengan Pena.

Adakah Barangkali
Aku Harus Berhenti
Dari Terus Berpuisi
Di Sini?

Ya, Barangkali…

Tuesday, May 17, 2011

JANGAN BERKATA “KALAULAH”

Hadis Sahih Muslim, daripada Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah saw bersabda :-
Orang mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dikasihi Allah swt daripada orang mukmin yang lemah. Masing-masing ada mempunyai kebaikan. Bersungguh-sungguhlah mengerjakan sesuatu yang berguna (di dunia dan di akhirat) ; dan hendaklah selalu meminta pertolongan daripada Allah swt dan jangan bersa lemah, yakni putus harapan, atau merasa hampa. Jika engkau ditimpa sesuatu janganlah berkata “Kalaulah aku berbuat demikian tentu akan jadi begini dan begitu” ; akan tetapi katakanlah “Takdir Allah swt, dan Allah swt berbuat sekehendakNya”. Sesungguhnya perkataan “kalaulah” hanya membukakan jalan bagi syaitan untuk berbuat sesuatu.

(Imam Nawawi, Riyadhus Solihin (Terjemahan), Jilid 1, Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, m/s 147)

KISAH UMAR BIN ABDUL AZIZ

Setiap orang tahu siapa dia Umar bin Abdul Aziz r.a. selepas 4 orang Khulafa’ ar-Rasyidin, dialah khalifah yang terkemuka. Isterinya pernah berkata, “Mungkin ada orang lain yang lebih mengutamakan wudhu’ dan solat. Tetapi aku tidak pernah melihat orang yang lebih takut kepada Allah swt lebih daripada suamiku. Selepas solat isya’ setiap hari dia akan duduk di tempat yang dikhaskan untuknya bersolat dan akan berdoa dengan mengangkat tangannya serta menangis di hadapan Alllah swt hingga rasa mengantuk menewaskannya. Apabila dia sedar di tengah-tengah malam dia akan mula bersolat serta menangis di hadapan Allah swt”.
Diceritakan bahawa sejak beliau menjadi khalifah, beliau tidak pernah tidur dengan isterinya. Isterinya adalah anak perempuan Raja Abdul Malik. Ayahnya memberikan kepadanya intan permata sebagai maskahwin termasuklah sebutir intan yang indah. Kata Umar bin Abdul Aziz r.a kepada isterinya, “samaada kamu berpisah dengan segala intan permata itu kerana Allah swt supaya aku simpankannya di dalam Baitulmal, ataupun kamu bercerai denganku. Aku tidak suka tinggal di dalam sebuah rumah di mana terdapat begitu banyak kekayaan”.
Isterinya menjawab, “Aku rela berpisah dengan kekayaan yang beribu-ribu kali banyaknya, tetapi aku tidak sanggup bercerai daripadamu”.
Akhirnya segala intan permata yang ada padanya itu disimpan di dalam Baitulmal.
(Selepas Umar bin Abdul Aziz meninggal dunia, Yazid bin Abdul Malik menjadi khalifah. Yazid berkata kepada kakaknya, “Kalaulah engkau mahu engkau boleh ambil kembali intan permata milikmu di Baitulmal”. Kakaknya menjawab, “mana boleh kekayaan yang aku campakkan semasa hayat suamiku dapat memuaskan hatiku selepas kematiannya “.)
Ketika Umar bin Abdul Aziz sedang berada di atas pembaringan menantikan ajal, beliau bertanya kepada orang-orang yang berada di sekelilingnya tentang sebab penyakitnya. Berkata salah seorang daripada mereka, “Pada fikiran kami, ini adalah kesan guna-guna.”
Beliau berkata, “Tidak. Ini bukan guna-guna”. Kemudian beliau memanggil hambanya lalu bertanya, “Apakah yang menyebabkan engkau meracuniku ?”
Hamba itu menjawab, “100 dinar dan janji kebebasan”.
Umar bin Abdul Aziz r.a mengambil wang 100 dinar itu daripada hambanya serta menyimpannya di dalam Baitulmal serta menasihatinya supaya lari ke suatu tempat yang jauh di mana dia tidak akan ditangkap.
Sebelum meninggal dunia, Muslimah dating lalu berkata kepadanya, “Tidak ada orang yang melakukan pada anak-anaknya sezalim yang kamu lakukan. Tidak seorang pun daripada anak lelaki kamu yang seramai 13 orang itu mempunyai apa-apa pun bagi menyara hidup masing-masing”.
Beliau bangun dari pembaringannya dan duduk lalu berkata, “Aku tidak melarang anak-anakku itu daripada apa yang mereka berhak mendapatnya. Aku memang enggan member kepada mereka apa yang sebenarnya hak orang lain. Kalau anak-anakku itu benar, maka Allah swt pasti menjadi pelindung mereka sebagaimana firmanNya di dalam kitabNya, “Dan Dia melindungi orang-orang yang soleh”. Tetapi, kalau mereka itu orang-orang yang berbuat kesalahan, maka mengapa patut aku pedulikannya ?”.

(Dato’ Haji Ishak Baharom dan Azrul Hakim Suradi, Solat & Keajaibannya, 2008, Anbakri Publika S/B, Petaling Jaya, m/s 122-124)

UMAR AL-KHATTAB BENCI PEMBAZIRAN

Telah berlaku tahun kesusahan dan kelaparan yang amat sangat di Semenanjung Arab pada zaman Amirul Mukminin Umar bin al-Khattab. Dikenali dengan ‘Am al-Ramadh’ kerana seakan bagaikan warna ramad atau abu disebabkan kekurangan hujan, warna tanah dan warna kulit manusia yang bertukar disebabkan kekeringan. Ini berlaku pada antara tahun 17H dan 18H selama 9 bulan.
Amirul Mukminin telah berhempas pulas menguruskan harta Negara ketika itu bagi mengatasi kesusahan rakyat. Di samping kecemerlangan pengurusan, yang ingin disebutkan di sini kecemerlangan pendirian dan sikap. Ibn Jarir al-Tabari meriwayatkan bahawa Umar bin al-Khattab tidak memakan pada tahun berkenaan lemak haiwan, susu dan daging sehingga orang ramai dapat memakannya.
Barangan makanan berkurangan di pasar. Pada suatu hari pekerjanya dapat membeli untuknya lemak dan susu, namun dengan harga yang agak tinggi. Umar enggan makan bahkan berkata, “Engkau telah menyebabkan lemak dan susu menjadi mahal. Sedekahkan kedua-duanya. Aku benci pembaziran. Bagaimana aku dapat memahami keadaan rakyat jika tidak mengenaiku apa yang mengenai mereka ?” (Al-Tabari, 2/358, Beirut : Dar al-Fikr).
Juga diriwayatkanbahawa suatu hari pada tahun berkenaan disembelih unta lalu dimasak dan dibahagikan kepada orang ramai. Lalu dicedok masakan itu dihidangkan juga buat Umar. Tiba-tiba yang dicedok itu bahagian belakang unta dan hatinya. Lalu Umar bertanya, “Dari mana diperoleh ini ?”
“Daripada unta yang kita sembelih hari ini”.
Kata Umar, “Oh, alangkah buruknya aku ini sebagai pemimpin, jika aku memakan bahagiannya yang baik lalu aku berikan rakyat makan yang sisa”. (Ibn Sa’d, al-Tabaqat al-Kubra, 3/312, Beirut : Dar Sadir).

NASIHAT AL-GHAZALI : AKTIVITI HARIAN

Di antara kira-kira 100 buah buku karangan Imam Al-Ghazali Hujjatul Islam, terdapat sebuah buku yang berjudul Bidayatul Hidayah (Permulaan Jalan Hidayah). Melalui buku ini Imam al-Ghazali menerangkan amalan-amalan atau apakah aktiviti harian yang patut dibuat oleh setiap orang Islam, pada setiap hari dan malam, sepanjang hidupnya. Mengikut Imam al-Ghazali, inilah satu panduan atau jadual hidup harian yang lengkap, yang patut diamalkan oleh setiap orang Islam. Berikut dibawakan nasihat Imam al-Ghazali mengenai aktiviti yang patut dibuat di waktu pagi, selepas solat sunat Dhuha, hingga menjelang waktu gelincir matahari, iaitu masuknya waktu untuk solat fardhu Zuhur :-
Ada 4 perkara yang boleh dibuat, kata Imam al-Ghazali ;
PERTAMA : Yang terlebih afdal, bahawa engkau habiskan waktumu itu dengan mencari ilmu yang bermanfaat, bukan ilmu yang sia-sia yang sangat diminati orang sekarang ini, yang mereka namakannya ilmu manfaat (padahal bukan ilmu yang bermanfaat). Ilmu yang bermanfaat ialah ilmu yang menambah takutnya dirimu kepada Allah swt, dan menambah penglihatanmu terhadap aibmu, dan menambah makrifatmu dalam engkau beribadah kepada Allah swt, dan menyedikitkan kegemaranmu terhadap dunia, dan menambah kegemaranmu terhadap akhirat, dan membukakan pintu hatimu untuk mengenali bermacam-macam penyakit amalanmu sehingga engkau dapat menjauhinya.
Ilmu yang bermanfaat itu ialah ilmu yang menambah pengetahuanmu terhadap tipu helah syaitan dan penipuannya, sehingga engkau arif dengan kehalusan penipuan syaitan ketika ia menggoda ulama su’ dan berjaya menjadikan mereka sebagai sasaran kemurkaan Allah swt, kerana mereka telah menggoda dunia dengan agama, dan menjadikan ilmu sebagai alat untuk mengambil harta sultan, memakan harta wakaf, harta anak yatim, harta orang miskin dan harta orang Islam. Disepanjang hari mereka hanya menghabiskan waktu untuk mencari pangkat dan kedudukan di hati manusia. Untuk itu, mereka sanggup menunjukkan segala kebolehan di hadapan orang ramai dan memperlihatkan kefasihan lidah mereka dalam berbahas dan berbincang.
Apabila engkau telah mencuba mengamalkan wirid-wirid dan ibadah (yang telah disebutkan) dan engkau dapati akan dirimu tidak merasakan sebarang keberatan dan tidak merasa malas melaksanakannya, bahkan Nampak pada dirimu minat yang sangat mendorong engkau untuk mencari lagi ilmua yang bermanfaat, dan engkau tidak mengkehendaki dengan mencari ilmu itu kecuali hanya keredhaan Allah swt dan akhirat, maka menuntut ilmu ketika itu lebih afdal daripada ibadah-ibadah sunat. Dan yang paling penting hendaklah engkau memastikan keikhlasan niatmu (kerana niatlah yang menentukan nilai amalanmu). Apabila niatmu tidak ikhlas, maka di sinilah tempat terpedayanya orang-orang yang jahil dan di sini pula tempat tergelincirnya kaki orang-orang yang cerdik pandai.
KEDUA : Bahawa engkau tidak berkuasa menghasilkan ilmu yang bermanfaat tetapi engkau berkuasa berbuat ibdah seperti berzikir, membaca al-Quran, bertasbih dan sembahyang. Maka ini adalah darjat orang yang ‘abid dan cara hidup orang yang soleh. Dengan cara ini juga engkau dapat tergolong di dalam kumpulan orang yang beruntung.
KETIGA : Bahawa engkau membuat sebarang pekerjaan yang dapat memberi kebaikan kepada orang-orang Islam dan dapat mengembirakan hati orang-orang yang beriman, atau engkau menolong orang yang soleh di dalam pekerjaan mereka seperti berkhidmat kepada para ulama dan ahli sufi dan ahli-ahli agama dan berulang-alik dalam menunaikan hajat mereka, atau berusaha untuk member makanan kepada fakir miskin, atau menziarahi orang sakit, atau menghantar jenazah, maka semua ini adalah lebih afdal daripada semata-mata ibadah sunat sahaja, kerana amalan yang seperti ini selain sebagai satu ibadah, ia juga merupakan pertolongan kepada orang lain.
KEEMPAT : Jikalau engkau tidak dapat membuat salah satu daripada 3 perkara yang tersebut tadi maka berusahalah untuk menunaikan hajatmu sendiri dan mencari nafkah bagi dirimu dan keluargamu, sedangkan orang ramai selamat daripada sebarang gangguanmu, dan mereka juga selamat daripada bahaya lidah dan tanganmu. Dan agamamu pula selamat, iaitu apabila engkau tidak terlibat dengan sebarang kemaksiatan. Maka dengan itu, engkau akan dapat mencapai darjat Ashabul Yamin. Sekiranya engkau tidak dapat mencapai darjat As-Sabiqin.

(Imam Al-Ghazali, Bidayatul Hidayah, (Terjemahan Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi), 2008, Wholesale-Mart Business Point S/B, Kuala Lumpur ; m/s 65-69).

TERCIPTANYA MANUSIA

Al-Quran menceritakan peristiwa penciptaan manusia yang pertama oleh Allah swt, yakni Adam a.s dalam surah al-Baqarah, ayat 30 – 38 seperti berikut :
                     •         
30. Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi." mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui."
              
31. Dan dia mengajarkan kepada Adam nama-nama (benda-benda) seluruhnya, Kemudian mengemukakannya kepada para malaikat lalu berfirman: "Sebutkanlah kepada-Ku nama benda-benda itu jika kamu mamang benar orang-orang yang benar!"
         •    
32. Mereka menjawab: "Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain dari apa yang Telah Engkau ajarkan kepada Kami; Sesungguhnya Engkaulah yang Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana."
                       
33. Allah berfirman: "Hai Adam, beritahukanlah kepada mereka nama-nama benda ini." Maka setelah diberitahukannya kepada mereka nama-nama benda itu, Allah berfirman: "Bukankah sudah Ku katakan kepadamu, bahwa Sesungguhnya Aku mengetahui rahasia langit dan bumi dan mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan?"
             
34. Dan (Ingatlah) ketika kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam," Maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir.
     •             
35. Dan kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.
                     
36. Lalu keduanya digelincirkan oleh syaitan dari surga itu dan dikeluarkan dari keadaan semula dan kami berfirman: "Turunlah kamu! sebagian kamu menjadi musuh bagi yang lain, dan bagi kamu ada tempat kediaman di bumi, dan kesenangan hidup sampai waktu yang ditentukan."
            
37. Kemudian Adam menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, Maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.
     • •            
38. Kami berfirman: "Turunlah kamu semuanya dari surga itu! Kemudian jika datang petunjuk-Ku kepadamu, Maka barang siapa yang mengikuti petunjuk-Ku, niscaya tidak ada kekhawatiran atas mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati".

SEJARAH IBLIS MEMUSUHI MANUSIA

Kisah penciptaan manusia pertama oleh Allah swt oleh Allah swt itu diulang beberapa kali penceritaannya dalam al-Quran. Setiap kali pengulangan, ia akan diberi penekanan yang berbeza. Dalam surah al-A’raf misalnya, apabila peristiwa itu diceritakan lagi, penekanan diberikan kepada sebab-sebab mengapa iblis tidak mahu tunduk kepada manusia. Di sini juga dijelaskan sejarah bermulanya permusuhan antara iblis dan manusia. Permusuhan yang merupakan permusuhan yang abadi, bermula daripada detik manusia pertama diciptakan Allah swt di Syurga, hinggalah ke hari-hari akhir sebelum kehidupan manusia di dunia ini diakhiri dengan kedatangan Kiamat. Al-Quran merakamkan ulangan peristiwa ini pada surah al-A’raf, ayat 11 hingga 25 :-
                
11. Sesungguhnya kami Telah menciptakan kamu (Adam), lalu kami bentuk tubuhmu, Kemudian kami katakan kepada para malaikat: "Bersujudlah kamu kepada Adam", Maka merekapun bersujud kecuali iblis. dia tidak termasuk mereka yang bersujud.
                  
12. Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" menjawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
          •   
13. Allah berfirman: "Turunlah kamu dari surga itu; Karena kamu sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya, Maka keluarlah, Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina".
     
14. Iblis menjawab: "Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan".
 •   
15. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
   •    
16. Iblis menjawab: "Karena Engkau Telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,
 •              
17. Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).
    •     •    
18. Allah berfirman: "Keluarlah kamu dari surga itu sebagai orang terhina lagi terusir. Sesungguhnya barangsiapa di antara mereka mengikuti kamu, benar-benar Aku akan mengisi neraka Jahannam dengan kamu semuanya".
    •            
19. (dan Allah berfirman): "Hai Adam bertempat tinggallah kamu dan isterimu di surga serta makanlah olehmu berdua (buah-buahan) di mana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu berdua mendekati pohon ini, lalu menjadilah kamu berdua termasuk orang-orang yang zalim."
•                         
20. Maka syaitan membisikkan pikiran jahat kepada keduanya untuk menampakkan kepada keduanya apa yang tertutup dari mereka yaitu auratnya dan syaitan berkata: "Tuhan kamu tidak melarangmu dan mendekati pohon ini, melainkan supaya kamu berdua tidak menjadi malaikat atau tidak menjadi orang-orang yang kekal (dalam surga)".
    • 
21. Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya. "Sesungguhnya saya adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua",
              •           •     
22. Maka syaitan membujuk keduanya (untuk memakan buah itu) dengan tipu daya. tatkala keduanya Telah merasai buah kayu itu, nampaklah bagi keduanya aurat-auratnya, dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun surga. Kemudian Tuhan mereka menyeru mereka: "Bukankah Aku Telah melarang kamu berdua dari pohon kayu itu dan Aku katakan kepadamu: "Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu berdua?"
         •   
23. Keduanya berkata: "Ya Tuhan kami, kami Telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya Pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi.
             
24. Allah berfirman: "Turunlah kamu sekalian, sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. dan kamu mempunyai tempat kediaman dan kesenangan (tempat mencari kehidupan) di muka bumi sampai waktu yang Telah ditentukan".
       
25. Allah berfirman: "Di bumi itu kamu hidup dan di bumi itu kamu mati, dan dari bumi itu (pula) kamu akan dibangkitkan.